fbpx

Puding Trifle Sedap Dan Mudah

iCookAsia

Memang tak dapat dinafikan Puding Trifle cukup enak dan sedap dimakan ketika sejuk. Puding trifle ini terdiri daripada tiga lapisan iaitu kek gulung, kastard dan jeli. Cara membuatnya juga mudah walaupun terdiri daripada beberapa langkah.

Jom kita cuba resipi perkongsian Nazariah Abd Hamid ni.

 

Bahan :

Kek gulung / Swiss Roll

1 tin Susu cair

2 sb Tepung kastard – cairkan dengan sedikit air

1 tin Buah dalam tin / Buah segar

1 kotak Jelly Cystal Powder – perisa Strawberry

2 sb Gula

 

Cara :

  1. Potong kek gulung kepada lima bahagian atau lebih. Kemudian susunkan rapat-rapat di dalam bekas.
  2. Dalam bekas yang lain, asingkan buah dalam tin dengan air. Susun buah tadi di atas kek. Tinggal sedikit untuk dibuat hiasan. Sudukan sedikit air buah tadi tetapi jangan terlalu banyak.
  3. Bancuh jelly dengan air panas mengikut sukatan pada pek. Selepas itu curahkan atas adunan tadi. Biarkan keras.
  4. Panaskan susu cair bersama tepung kastard dan gula menggunakan api perlahan. Kacau sehingga menjadi likat.
  5. Curahkan kastard tadi ke atas jeli dan sejukkan. Akhir sekali hiaskan dengan baki buah yang ada. Sejukkan sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto : Nazariah Abd Hamid

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x