Perkongsian kali ini sangat menarik kerana ia boleh menambah baik kualiti masakan kita. Iaitu dengan menggunakan Sos Ikan yang ada dipasaran. Tetapi jangan keliru, sebab di botol gambar sotong tapi namanya memang Sos Ikan atau Fish Sauce. Pastikan beli yang betul ya!
Lepas ni boleh dah gantikan garam dengan Sos Ikan ni. Pasti bertambah sedap!
Terima kasih Firda Ashaary untuk perkongsian ini 🙂
“Benda alah ni, korang boleh letak dalam mi goreng, kuey teow goreng, nasi goreng, bihun goreng. Semua boleh. Letak kat cili potong pun padu.
Cuma nak ingatkan kalau korang dah letak benda alah ni, dah takyah letak garam dah tau. Selalunya rasa dia memang dah ngam-ngam soi.
Ni adalah rahsia nak dapatkan menu goreng-goreng yang sedap, macam menu kat kedai Adik Pattani. Kappp!”
Nota: Tak perlu letakkan garam kalau guna Sos Ikan ini.
Tetapi ada juga pengikut di Facebook yang memberi peringatan untuk rasa Sos Ikan ini dahulu sebelum memasak tu. Takut tidak cukup masin dan ada berlainan rasa mengikut jenama. Apa-apa pun, penting untuk kita rasa dahulu masakan kita sebelum hidang. Pastikan kena dengan tekak dan cukup rasanya, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Firda Ashaary (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos