fbpx

Raikan Hari Raya Bersama Hidangan Cornflakes Yang Istimewa & ‘Rare’ Ini

Ini sekali suap, tak ingat dah hidangan lain. Confirm!

Dah nama pun Hari Raya, mesti akan ada sesi kunjung-mengunjung open house. Kuih raya dah memang pelbagai jenis akan ada.

Rendang? Ketupat? Menu wajib. Nak try resepi cornflakes yang lain daripada yang lain? Tetamu yang datang tak pandang dah menu lain.

Bila tiba musim raya ni, memang dah jadi satu tradisi para ibu dan mak cik akan bersilat di dapur nak sediakan juadah istimewa untuk hari raya. Paling viral sekali, rendang lah semestinya.

Tapi kalau nak tahu, ada lagi banyak resepi yang patut dicuba dengan menggunakan Cornflakes ni. Paling special dan rare orang kata. Curious kan nak tahu?

Haa jom kita buat satu resepi yang ada kelainan tapi mudah je dan yang penting, rasa sedap! Paling best bila ada tekstur rangup waktu makan.

Makaroni Berkeju Cornflakes

Masa penyediaan : 20 minit

Masa memasak : 1 jam

Jumlah hidangan: 6 hidangan 

Bahan-bahan:
200gm makaroni, dimasak al dente
½ sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
1½ cawan susu rendah lemak
½ cawan krim masakan rendah lemak
1 cawan parutan keju cheddar
1 cawan parutan keju parmesan
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk lada hitam

A (dicampur)
1½ cawan Nestlé® GOLD™ Cornflakes (diramas)
½ cawan serbuk roti putih
½ cawan parutan keju Mozarella
2 sudu besar mentega cair

Cara Penyediaan:

  1. Rebus makaroni sehingga empuk, tuskan dan gaul dengan minyak. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau 1 minit.
  3. Tuangkan susu dan krim, kacau sehingga mendidih.
  4. Masukkan cheddar, parmesan, garam dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
  5. Tambah makaroni, kacau rata.
  6. Ratakan ke dalam bekas kaserol yang sudah dilengser mentega.
  7. Taburkan campuran A ke atas makaroni. Tutup dengan foil.
  8. Bakar pada 180C selama 25 minit. Ketepikan foil.
  9. Bakar selama 10 minit lagi sehingga keemasan.

Nak buat untuk raya? Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan atau online di: 

Shopee: https://bit.ly/cornflakesshopee 

Lazada: https://bit.ly/cornflakeslazada 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x