fbpx

Rasa Yang Sangat Sedap Daripada Hidangan Ikan Bakar Petai Ini. Perahkan Limau Kasturi Untuk Pedas Terangkat. Fuh!

iCookAsia

Apabila hidangan yang menggunakan teknik memasak bakar ini, rasanya lebih sedap dan berjus. Kerana, ia tidak menggunakan minyak masak langsung. Jadi, masakan lagi sihat lah kan? 

Tetapi disini, Admin nak kongsikan satu perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook dimana beliau membuat Ikan Bakar yang disalut sambal petai. Sedap sampai terliur dibuatnya, lebih-lebih lagi ditambah dengan perahan limau kasturi. 

Terima kasih Khadijah Jaafar untuk perkongsian resipi Ikan Bakar Petai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana

4 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil belacan

Daun pisang

Air asam jawa

1 biji limau kasturi

1/2 cawan air asam jawa

Gula

Garam

Bahan kisar:

2 biji bawang besar merah – saiz sederhana

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 hiris lengkuas

Cara membuat:


1. Tumis bahan kisar, cili kisar, belacan dan gula. Tumis sampai pecah minyak.


2. Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai sebati.


3. Masukkan petai. Tutup api. Perasakan dengan garam.


4. Bersihkan ikan dan kelar. Letakkan di atas daun pisang.


5. Sapukan ikan dengan bahan tumis tadi. Balutkan ikan. Nak bagi ikan kekal moist, balut ikan dan pastikan dengan daun pisang yang tebal (biar beberapa lapis). Ikan bakar akan moist dan sedap.

*Bakar di atas pemanggang atau dalam ketuhar. Kalau dalam ketuhar, bakar pada suhu 170 celcius selama 20 – 30 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khadijah Jaafar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x