fbpx

Red Velvet Cheese Brownies, Buat Versi Mini Lebih Menarik. Serius Sedap Sangat.

iCookAsia

Untuk sambutan hari lahir anak-anak, gunakan kreativiti untuk meraikan hari istimewa si kecil. Cuba resipi Red Velvet Cheese Brownies hasil perkongsian Norazieanti Ghazali.

Kek comel versi mini ini memang cukup sesuai untuk sambutan majlis, malah mudah dihidangkan untuk tetamu yang datang.

 

Bahan brownies :

120 gm Dark Choc Compound (beryls)

170 gm Salted butter

350 gm Gula castor

4 biji Telur gred A

1 sk Cuka makan

2 sb Pewarna merah (bright red)

1 sk Esen vanila

190 gm Tepung gandum

1 1/2 sk Baking powder

 

Cara :

  1. Cairkan dark chocolate dan butter menggunakan kaedah double boil.
  2. Kemudian ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan
  3. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah dan cuka. Kacau sebati dan masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar adunan untuk melorek di atas brownies nanti.
  5. Sediakan loyang bersaiz 9×9 inci dan alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan brownies selepas dibakar.
  6. Tuangkan adunan brownies dan bancuh adunan cheese.

 

Bahan cheese (doublekan untuk buat cupcake)

250 gm Cream cheese

50 gm Gula castor

2-3 sb Air perahan lemon

1 biji Telur gred A

 

Cara :

  1. Campurkan cheese, gula dan air perahan lemon, kemudian putar sehingga lembut dan tidak berketul.
  2. Masukkan telur dan putar hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan cheese ke atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk atau sudu.
  4. Adunan brownies yang diasingkan sebanyak satu sudu besar tadi digunakan untuk melorek bahagian atas sekali menggunakan lidi atau chopstick.
  5. Bakar adunan pada suhu 160-170c pada rak tengah selama 40 hingga 45 minit atau sehingga masak.
  6. Sekiranya menggunakan cupcake bersaiz S, gunakan 1 sudu besar adunan brownies dan 1/2 sudu besar adunan cheese dan bakar selama 20 hingga 30 minit.

Kredit resipi & foto : Norazieanti Ghazali

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x