fbpx

Rendang Ayam Paling Sedap. Tak Sah Kalau Tak Ada Pak Aji.

iCookAsia

Selepas sebulan berpuasa, inilah hidangan  paling dicari-cari di pagi raya. Betul tak? Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyediakan hidangan wajib ini, namun percayalah, cara Pak Aji paling mudah diikuti namun gerenti sedap menyelerakan. Terus mengimbau kembali cara mak-mak masak waktu kecil dulu.

Kalau tak percaya, jom cuba buat. Namun wajib ada Pak Aji ya. Adunan rasa akan berkompromi dengan lebih serasi dan setiap deria rasa lidah akan berfungsi dengan lebih sempurna.

Bahan :

¼ cawan Minyak masak

1 kg Ayam, dipotong

2 helai Daun kunyit

2 helai Daun limau purut

1 cawan Santan

20 g Gula Melaka

1 sudu besar Kicap manis

½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®

1½ sudu kecil Garam

2 sudu besar Kerisik

Bahan-bahan (A): dikisar

1 biji Bawang besar

5 ulas Bawang putih

4 batang Serai

2 inci Halia

1 inci Lengkuas

2 inci Kunyit hidup

10 tangkai Cili kering, direbus

½ cawan Air

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.

2. Masukkan ayam, kacau dan bair sehingga ayam separuh masak.

3. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan masukkan santan.

4. Perasakan dengan gula Melaka, kicap manis, AJI-NO-MOTO® dan garam.

5. Kacau sehingga sedikit kering dan naik minyak.

6. Tambahkan kerisik, gaul sekata dan masak sehingga kering.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x