fbpx

Resepi Ais Lemon Karamel, Semanis Kehidupan Kita!

iCookAsia

Sekarang pun musim yang agak panas kan. Kadang-kadang mesti teringin nak minum air manis tapi nak yang berjus. Memang nikmat betul tu kalau dapat minum. Apatah lagi, buat minum petang sambil santai depan rumah bersama keluarga tersayang, disajikan pula bersama kuih-muih. Walaupun tak boleh keluar ke  mana-mana, apa salahnya buat minuman untuk mereka. Jangan risau, kali ni  Admin nak share dengan korang satu resepi yang confirm akan rasa segar dan menyejukkan tekak kita.

Admin pun rasa nak cuba buat lah. Jom!

Terima kasih Jerry Andrean untuk perkongsian resipi ais lemon karamel ini 🙂

Bahan-bahan:

Dua biji lemon

200 g gula

Air

Cara penyediaan:

  1. Potong hiris buah lemon dan buang biji lemon tersebut.
  2.  Masukkan gula dan air. Panaskan sehingga cair.
  3. Kemudian, masukkan lemon ke dalam kuali dan kacau campuran tersebut sehingga jus lemon keluar.
  4. Biarkan sehingga menampakkan caramel. Kacau perlahan-lahan.
  5. Matikan api dan tunggu sehingga dingin.
  6. Sediakan ais batu di dalam gelas, masukkan lemon tadi, tuangkan karamel tadi beserta dengan air soda untuk menambahkan lagi rasa keenakan minuman tersebut.

Korang boleh juga buat simpan lebihan lemon tersebut ke dalam peti tau!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jerry Andrean(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x