Kuih yang mudah dibuat dan enak dimakan bila-bila masak. Jom cuba resepi Apam Jagung ini. Nak buat senang, nak habiskan lagi senang.
Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Apam Jagung ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis
3 sudu makan Krimer Berperisa Jagung
4 sudu makan gula pasir
¾ cawan air suam
Cara memasak:
- Dalam bekas masukkan tepung, yis, air dan gula. Kacau rata.
- Masukkan krimer dan kacau lagi sehingga sebati dan halus. Perap adunan sehingga kembang.
- Mix lagi dan sapukan minyak pada acuan. Sementara itu panaskan pengukus.
- Apabila sudah kembang lagi, kukus sehingga masak.
Untuk hasil kukusan yang cantik, gunakan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer with Tempered Glass Lid.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos