fbpx

Resepi Asam Pedas Ayam, Kuah Yang Pekat Likat. Baru Puas Makan Dengan Nasi Putih.

iCookAsia

Masakan Asam Pedas memang kebiasaanya dibuat dengan bahan Ikan-ikan, seperti Ikan Pari. Menu yang terkenal di Johor ini, menjadi kegemaran ramai. Yang luar dari Johor pun datang ke negeri ini untuk rasa kesedapan lauk ini. 

Tetapi pernahkah anda cuba Asam Pedas Ayam? Menggunakan ayam dalam masakan ini, nampak pelik tetapi ianya sangat lah sedap. Kuah pula dibuat secara pekat, pasti enak dimakan bersama nasi putih panas-panas. Haa, apa tunggu lagi? Jom masak!

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Asam Pedas Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam basuh bersih

20 batang cili kering (rebus buang biji)*

3 biji bawang putih*

1 inci halia*

1 inci kunyit basah*

1 biji bawang besar*

5 helai daun limau purut (buang tulang)*

1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)*

Sebatang serai (tumbuk sekali)

2 biji tomato

1 ketul kecil gula melaka

Air asam jawa secukupnya

Daun kesum

Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Kisar halus bahan-bahan bertanda (*) tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkn gula melaka kemudian air asam jawa dan tomato biarkan masak lagi.
  3. Kuah dah agak pekat merah kehitaman, tomato sudah sebati bersama kuah boleh masukkan ayam dan perasa dengan garam.
  4. Masak hingga ayam empuk akhir sekali masukkan daun kesum gaul rata dan tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x