fbpx

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri, Simple Tapi Sedap!

iCookAsia

Bagi sesiapa yang suka kan lauk yang pedas, mesti masakan Asam Pedas menjadi kegemaran kan. Dihidangkan pula dengan nasi yang panas, tak cukup satu pinggan. Bukan itu sahaja, dikatakan kalau nak memasak Asam Pedas, kene banyakkan bersabar untuk menghasilkan rasa dan aroma yang menarik.

Tapi anda tak perlu risau. Boleh cuba resepi mudah Asam Pedas Ikan Tenggiri ni.

Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan Tenggiri (Nak guna ikan lain pun boleh)

Bunga kantan

Daun Kesum

1 batang serai (Diketuk)

Bendi,tomato (Nak guna terung pun boleh)

Cili kisar (Mengikut kepedasan yang diingini)

Perasa, garam, gula secukup rasa (nak letak Ajinomoto pun boleh)

1 mangkuk Asam Jawa

Air secukupnya.

Bawang merah (dikisar)

Bawang putih (dikisar)

Halia(dikisar)

Belacan (dikisar bersama bawang)

(Kuantiti bahan mengikut citarasa sendiri)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang diinginkan. Paling penting, jangan sehingga hilang rasa masam.
  5. Masukkan daun kesum, bunga kantan sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan bendi atau terung dan juga ikan.
  7. Masukkan perasa garam dan sedikit gula.
  8. Apabila ikan sudah masak, masukkan tomato (optional).
  9. Boleh padam api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x