in ,

Resepi Ayam Lemon Chinese Style, Lagi Lama Perap Ayam Lagi Sedap Tau

Hidangan berasaskan ayam ni memang tak boleh dinafikan dah tahap kelazatan tu. Kali ni, Admin nak share satu resipi Ayam Lemon Chinese style. Dengar pun dah tau sedap. Memang terasa masam manis hidangan ini.

Jom kita try.

Terima kasih Jes Tham untuk perkongsian resipi Ayam Lemon Chinese Style ini 🙂

Bahan-Bahan:

Dada ayam

Garam

Minyak bijan

Pepper

Tepung jagung

1 biji telur

Serbuk roti (Optional)

Sos plum

Jus lemon

Cuka

Gula

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, perap dada ayam dengan garam, minyak bijan, pepper, tepung jagung dan sebiji telur.  Biarkan selama 30 minit atau lebih.
  2. Kemudian salut pada tepung, kalau nak lagi rangup boleh tambahkan serbuk roti.
  3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng sampai kekuningan dan masak.
  4. Keluarkan dan tos kan.
  5. Untuk kuah, bersihkan kuali, terus tuangkan sos plum,  jus lemon, cuka dan gula secukupnya. 
  6. Tambah sedikit air jika perlu.  Apabila kuah sudah mendidih, curah terus ke atas dada ayam goreng tadi. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jes Tham(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.