in ,

Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah Dan Sedap. 20 Minit Je Masak, Dah Siap!

Ayam Masak Halia ini bukanlah masakan atau lauk yang baru. Ramai yang sudah cuba buat dan ramai juga akan gemar dengan lauk ini! Katanya, ini dia resipi paling mudah dan ringkas. Tetapi, rasanya? Memang sedap!

Siapa yang belum pernah cuba resepi ini. Boleh cuba, dan gandingkan bersama nasi putih panas-panas. Confirm berselera!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Ayam Masak Halia ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam 

2 inci halia diketuk

5 ulas bawang putih diketuk

1/2 biji bawang besar dihiris

3 sudu sos tiram

Cili padi diketuk

Daun limau purut

Tomato (optional)

Cara memasak:

1. Lumur ayam dengan sedikit garam. Kemudian, panaskan minyak dan goreng.


2. Bila ayam sudah separuh masak, masukkan halia, bawang putih dan cili ketuk.


3. Masukkan sos tiram dan sikit air. Gaul sebati dan biarkan ayam masak sempurna. Api dalam suhu perlahan.


4. Masukkan hirisan bawang besar dan tomato.


5. Rasakan garam dan maggi cukup rasa. Nak guna yang lain pun boleh.

*boleh tambah cendawan shitake, kentang atau batang seleri sebagai bahan tambahan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0