fbpx

Resepi Bendi Celup, Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Panas Lagi Puas!

iCookAsia

Sayur-sayuran bertambah sedap apabila ia dijadikan lauk. Kali ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu resipi sayur yang sedap dan confirm boleh buat terliur terutama kepada peminat sayur iaitu Bendi Celup. Nak makan macam tu sahaja pun boleh.

Penyediaan hidangan ini pun sangat mudah hanya menggunakan bahan-bahan yang senang sahaja. Jom kita try.

Terima kasih Nor Hayani Ismail untuk perkongsian resipi Bendi Celup ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Bendi

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan bendi. Bilang sehingga 30  dan toskan secara lalu bawah air paip dengan segera.

Bahan B (Untuk Kuah):

4 ulas bawang putih (Dicincang)

5 biji cili padi (Dipotong)

2 sudu minyak

Sos tiram 1 sudu bancuh dengan air siap-siap dan letakkan lada sulah sikit 

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumis bawang putih dan cili.
  2. Apabila sudah bertukar warna, masukkan sos tiram yang sudah dibancuh.
  3. Selepas itu, tunggu sehingga mendidih dan curahkan sahaja atas bendi. Siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Hayani Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x