Admin pasti, siapa sahaja yang tidak gemar akan Homemade Cookies ni. Saiz yang kecil comel, lagi sedap dan senang dimakan. Sesuai sangat kalau ada stok berbalang-balang di rumah pada musim Online Class dan Work From Home ni kan?
Para ibu boleh cuba dan buat Cookies di rumah. Anak-anak di rumah pasti suka. Haa, nak buat untuk jualan pada musim PKP ni pun boleh sangat!
Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Biskut Buah-Buahan Campuran ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung custard
1 sudu kecil baking powder
100g buah-buahan campur
Cara membuat:
- Mix butter dan gula hingga sebati
- Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau lembut-lembut sahaja.
- Masukkan tepung gandum, tepung kastard, baking powder dan buah.
- Uli sikit-sedikit hingga doh tidak melekat di tangan.
- Gentel bulat-bulat dan tekan dengan hujung garfu.
- Bakar pada suhu 160° selama 25 minit, bergantung pada oven masing-masing.
*kalau adunan lembik, tambah sedikit demi sedikit tepung gandum dan adunan lebih baik apabila doh tidak melekat di tangan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos