fbpx

Resepi Biskut Sampan Mudah, Biskut Wajib Hari Raya

iCookAsia

 

Biskut sampan merupakan antara biskut raya yang popular di Malaysia, kalau tak ada biskut ini seperti tak lengkap pula persiapan Raya kita. Jom cuba resepi biskut sampan  ini.

Terima kasih untuk Ithnin Halipah atas perkongsian resipi Biskut Sampan ini 😊

 Resepi biskut sampan

Bahan-bahan kulit:

250g butter

3/4 cawan gula icing

1 biji telur

1/2 cawan tepung jagung

1/4 cawan tepung kastard

1 sudu makan esen vanila

3 sudu makan susu tepung

500 tepung gandum (anggaran)

Cara membuat: 

Resepi biskut sampan

  1. Putarkan butter dan gula sehingga sebati. Tak perlu lama.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu tepung, tepung jagung dan tepung kastard.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.

Bahan-bahan inti:

1 bekas ceri merah

1 bekas ceri hijau

250g kismis hitam

250g kismis kuning

300g kelapa kering

1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan)

Cara membuat:

  1. Potong kecil ceri dan kismis.
  2. Satukan semua bahan dan gaulkan dengan susu.
  3. Untuk sedap lagi, boleh letak sesudu butter.
  4. Isikan inti ke dalam acuan sampan.
  5. Bakar mengikut oven masing-masing api atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try resepi biskut sampan ini di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ithnin Halipah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x