fbpx

Kena Cuba Resepi Boko Ubi Kayu Yang Ini, Mesti Tak Menyesal

iCookAsia

Resepi boko ubi kayu yang bakal kami kongsikan ini memang sedap, kerana penjual yang berkongsi resepi ini. Memang laku tau boko ubi kayu ni, jadi anda kena cuba yang ini, mesti tak rugi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Hanis Ismail atas perkongsian resipi Boko Ubi Kayu ini 😊

Resepi boko ubi kayu

Bahan-bahan:

3 cawan ubi kayu parut

2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

3 cawan air

1@2 helai daun pandan

Cara membuat: 

  1. Masak bahan-bahan di atas kecuali ubi parut hingga larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Campurkan ubi parut dengan air gula tersebut dan gaul rata. Tuang ke dalam bekas atau loyang.
  3. Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan lapisan santan:

2 cawan santan pekat

1 cawan air

3 sudu tepung beras

1 1/2 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
  2. Kacau semua bahan sehingga larut.
  3. Masak dengan api kecil sehingga sedikit likat.
  4. Tuang ke atas ubi yang sudah dimasak tadi. Sejukkan dan boleh dihidang.

Anda jangan lupa untuk try buat resepi boko ubi kayu ini di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Hanis Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x