fbpx

Resepi Bubur Asyura Versi Utara, Semua Kena Try. Gerenti Sedap!

iCookAsia

Ramai tercari-cari bubur asyura kan. Dengan rasa ramuan yang berbeza dan unik, menjadikan rasa hidangan ini lagi sedap dan nikmat untuk dirasa. Bukan itu sahaja, kalau makan sejuk-sejuk, lagi best rasanya.

Jom try.

Terima kasih Ruzie Gee untuk perkongsian resipi Resepi Bubur Asyura Utara ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

2 cawan tepung beras

5 cawan santan (mengikut cawan sukatan tepung)

1 sudu kecil garam

2 helai simpul daun pandan

1 cawan gula putih, gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas.

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan A siap-siap dalam kuali. 
  2. Jangan buka api lagi.
  3. Setelah kacau semua bagi sebati, baru buka api perlahan, kacau agak-agak untuk nak likat kemudian masukkan bahan B.

Bahan B:

1 tin jagung tin

2 biji ubi keledek (potong dadu dan rebus)

1 cawan kacang hijau (rebus dulu)

1 tin kacang merah

Kacang kuda (ikut suka)

Kacang tanah (Goreng dulu)

Nak letak pisang boleh tambah pisang

Cara Membuat:

  1. Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat. 
  2. Kemudian boleh masukkan dalam bekas yang sesuai.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ruzie Gee

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x