fbpx

Resepi Bubur Ayam Yang Pekat Dan Sedap, Confirm Licin Satu Mangkuk Ni

iCookAsia

Bubur Ayam antara hidangan yang sangat senang untuk dibuat. Bukan itu sahaja, nak lagi sedap, boleh letak pelbagai bahan untuk dijadikan sebagai topping, makin berselera nak makan. Kalau anda ikut sahaja resepi ini, mudah sahaja dan pekat tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Maria Bentalib  perkongsian resipi Bubur Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

250 g beras

Isi ayam (terpulang citarasa memasing nak letak banyak mana)

2800 ml air

Sedikit minyak masak

1 senduk bawang kisar (Bawang putih, bawang merah dan halia yang sudah siap dikisar)

Sedikit garam

Setengah batang lobak merah

1 sudu kecil rempah sup

2 helai daun pandan (disimpulkan)

Pelage dan kayu manis

Cara membuat:

  1. Mula-mula, basuh dan rendamkan beras terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang yang telah dikisar.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam.
  4. Masukkan pula pelaga dan kayu manis. Tumis hingga bawang kekuningan.
  5. Seterusnya, masukkan air.
  6. Masukkan lobak merah dan daun mendidih. Biarkan ia mendidih.
  7. Jika ia sudah mendidih, baru masukkan beras.
  8. Jangan lupa untuk masukkan rempah sup pula. Kacau rata.
  9. Letakkan senduk kayu seperti gambar di bawah.
  10. Tutup supaya air yang mendidih tersebut tidak melimpah keluar.
  11. Akhir sekali, pastikan untuk selalu kacau supaya tidak berkerak di bawah. Kebiasaannya selepas setengah jam sudah boleh padam api. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maria Bentalib(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x