in ,

Resepi Bubur Lambuk Versi Terengganu. Memang Confirm Sedap Ni!

Bubur Lambuk merupakan salah satu makanan yang kebiasaan di buat pada bulan Ramadhan. Tapi nak buat waktu biasa pun boleh. Kali ni, Admin nak share cara nak buat Bubur Lambuk tapi versi Terengganu. Nak tau apa beza dia dan macam mana rasanya?

Jom kita try.

Terima kasih Nor Khomariah Norrohman untuk perkongsian resipi Bubur Lambuk Terengganu ini 🙂

Bahan-Bahan:

Beras

Santan atau air (Secukupnya dan kalau nak sedap berlemak letak santan)

Ikan selayang (Rebus atau panggang)

Bawang merah

Lada hitam

Daun kayu, pucuk midin, daun kaduk,  cekur manis,  daun ulat bulu,  daun kesum,  pucuk ubi dan lain-lain yang boleh dimasukkan sekali

Budu (Optional)

Garam dan perasa

Nyior gula atau kerisik  (Boleh letak 3 sudu besar)

Ubi stele atau keledek oren

Cara penyediaan:

  1. Rebus beras sampai empuk, apabila beras sudah empuk dan bertukar menjadi bubur, masukkan santan atau air,  terpulang nak tahap kepekatan macam mana (Kalau prefer rebus beras tak hancur pun okay).
  2. Seterusnya, masukkan ubi atau keledek.
  3. Tumbuk lada hitam dan bawang sehingga lumat.
  4. Asingkan isi ikan dan tulang, selepas itu tumbuk ikan tadi sehingga hancur.
  5. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk dan kacau rata.

6.Masukkan kerisik atau nyior gula serta masukkan budu,  garam dan perasa secukupnya.

7.Akhir sekali, masukkan sayur-sayur. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambahkan air. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Khomariah Norrohman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.