fbpx

Resepi Cekodok Pisang Yang Berlemak Dan Rangup. Letak Mentega Untuk Tidak Serap Minyak.

iCookAsia

Cekodok Pisang adalah antara menu sarapan pagi yang sangat popular. Resepi simple dan paling senang untuk dibuat. Walau bagaimanapun, untuk anda yang baru sahaja ini belajar buat hidangan ini perlukan practise tau. Jika buat pertama kali anda memasaknya tidak menjadi, jangan risau. Cuba lagi sekali. 

Jom Admin kongsikan resepi Cekodok Pisang yang gerenti menjadi. Tak rugi mencuba resepi ini. Siap ada bahan rahsia untuk cekodok tidak serap minyak dan lebih rangup tau. Jom cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Cekodok Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan pisang lenyek

2 cawan tepung

2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar gula perang

2 sudu mentega 

1 sudu kecil soda bikarbonat

Secubit garam

Cara membuat:


1. Lenyek pisang bersama gula dan mentega. Tujuan meletakkan mentega untuk merangupkan kulit cekodok dan inilah rahsia ia tak menyerap minyak.


2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat, susu dan garam. Tujuan susu tepung dimasukkan untuk memberi rasa lemak pada adunan. Masukkan adunan ke dalam bahan yang dah dilenyek.


3. Rehatkan adunan selama 30 minit. Inilah rahsia adunan lembut di dalam rangup di luar.

4. Jemputkan adunan dengan hujung jari ke dalam minyak panas. Goreng dengan minyak sederhana panas supaya cekodok masak sempurna.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x