fbpx

Resepi Churros Mudah. Guna Air Fryer Je!

iCookAsia

Resepi ini boleh dapat sebanyak 34 batang churros. Wah banyaknya, jimat juga duit kan, nak jumpa kat kedai sekarang pun susah. Buat sendirilah senang.

Terima kasih Wan Ramlah Wan Rahimi untuk perkongsian resipi Churros ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan susu segar*

2 sb mentega*

2 sb gula*

2 sudu teh esen vanila*

1 sudu teh garam*

2 cawan tepung gandum

2 biji telur

Cara memasak:
1. Campurkan bahan bertanda (*) dalam kuali dan panaskan sehingga mentega larut dan sebati.


2. Matikan api dapur dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati.


3. Balik-balikkan tepung sehingga menjadi doh.


4. Masukkan 2 biji telur dalam adunan yang masih panas tadi. Kacau hingga adunan sebati menggunakan senduk whisk.


5. Biarkan doh sejuk sedikit sehingga boleh pegang. Boleh sambung uli dengan tangan sampai doh betul-betul sebati dan tak berketul.


6. Masukkan doh dalam piping beg dan guna nozzle berbentuk bintang @ boleh guna acuan samperit.


7. Terap atas dulang yang ditabur tepung gandum sedikit atau tray Air Fryer.
8. Bakar pada suhu 180 selama 15 minit.


9. Dah masak boleh tabur gula icing/ serbuk kulit kayu manis/ coklat atau apa sahaja.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wan Ramlah Wan Rahimi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x