in ,

Resepi Cornflakes Pedas Rangup. Ini ‘Snack’ Yang Buat Korang Leka Sampai Tak Sedar Boleh Habis Satu Balang.

Kerepek dan makanan ringan adalah antara makanan ‘snack’ yang menjadi pilihan ramai pada waktu lapang untuk dikunyah atau untuk dimakan sambil melakukan kerja. Tetapi, untuk perkongsian resipi pada hari ini agak berlainan kerana, ‘snack’ bukan sebarang ‘snack’, Sebab apa? Sebab beliau menggunakan atau menggantikan kerepek ubi biasa dengan cornflakes. Dibuat pula perisa pedas. Wow, tak pernah dibuat orang!

Terima kasih Umie Nurhayati untuk perkongsian resipi Cornflakes Pedas Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan cili kisar/ serbuk cili

1/2 cawan gula perang (boleh juga kurangkan sedikit, mengikut citarasa sendiri)

5 tbsp madu

Sedikit garam (ikut selera masing-masing)

500gm cornflakes

Cara membuat:
1. Panaskan minyak masak dan masakkan cili kisar hingga betul-betul garing.


2. Masukkan gula perang, madu dan garam kacau hingga sebati.


3. Masukkan pula cornflakes dan gaul rata.


4. Letak kan cornflakes tadi ke dalam dulang pembakar dan lerai-leraikan ia supaya masak sekata apabila dibakar.


5. Bakar selama 15 ke 20 minit.
6. Apabila sudah sejuk, nak letak kacang atau ikan bilis terpulang pada selera masing-masing.
7.Boleh simpan ke dalam bekas kedap udara.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umie Nurhayati (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0