Siapa sini peminat cheese? Mesti anda semua suka kan kalau boleh tarik macam corndog tu hehe. Kali ni Admin nak share satu resipi yang sangat sedap dan senang je nak buat. Guna isi ketam tu je tau. Bukan itu sahaja, crunchy dan memang sesuai kalau terasa nak mengunyah.
Jom.
Terima kasih Adelwhooo untuk perkongsian resipi Crab Croquettes ini 🙂
Bahan-Bahan:
Butter
Bawang holland
Crab stick
Daun bawang
Tepung gandum
Susu segar
Garam dan black pepper
Mozzarella
Tepung bestari
Telur
Panko atau breadcrumbs
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, cairkan butter dan tumiskan bawang holland sampai layu dan kelihatan keperangan.
- Masukkan isi ketam dan daun bawang. Kacau sehingga layu. Ketepikan.
- Cairkan butter lagi. Masukkan dua sudu tepung ke dalam kuali tersebut dan susu segar sedikit demi sedikit.
- Masukkan black pepper dan garam. Kacau sehingga sebati. Chill kan dalam ice box untuk memastikan senang nak handle.
- Bentukkan adunan tadi secara bulat dan letakkan cheese (Kalau taknak letak cheese pun boleh).
- Kemudian, salutkan dengan tepung bestari, telur dan breadcrumbs.
- Dah boleh goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Adelwhooo(Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos