fbpx

Resepi Daging Grill Harimau Menangis Dan Sos Ala Thai Yang Padu. Gerenti Sedap!

iCookAsia

Daging Harimau Menangis ini memang sangat sedap dan masih digemari oleh ramai orang sehingga sekarang dek kerana daging nya yang sangat lembut dan juicy. Tidak dilupakan sos thai yang memang cukup rasa. 

Terima kasih Puteri Hana Sofia untuk perkongsian resipi Daging Grill Harimau Menangis & Sos Ala Thai ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A (Perapan Daging):

5 keping daging

4 ulas bawang putih(ditumbuk)

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil serbuk paprika

1 sudu kecil serbuk kayu manis 

1 sudu kecil serbuk oregano

1 sudu kecil garam

4 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos ikan

3 sudu besar kicap manis

1 sudu kecil kicap pekat

4 sudu besar brown sugar

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan di atas ke dalam daging. Gaul rata dan perapkan.
  2. Kemudian, perapkan selama 3 jam dan kalau nak lagi sedap, perap semalaman.
  3. Sapukan 1 sudu butter atas pan. Grill kan sampai daging bertukar warna perang. Nak bakar dalam oven pun boleh atau nak guna kuali biasa.
  4. Jika sudah masak, ketepikan dahulu supaya daging harimau menangis sejuk.

Bahan B (Sos Thai):

6 ulas bawang putih(ditumbuk)

15 biji cili api(ditumbuk)

3 sudu sos tiram

2 sudu sos ikan

1 biji tomato(cincang)

1 sudu kecil minyak bijan

3 sudu brown sugar

1 bawang holland (belah dadu)

1 biji lemon atau limau nipis 

Daun ketumbar( dihiris)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan kesemua bahan di atas.
  2. Kalau suka spicy, boleh tambah cili padi banyak dengan perahan lemon.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Puteri Hana Sofia(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x