in

Resepi Durian Cheesecake Menggunakan Durian Musang King

Apa rasanya bila kita guna Durian Musang King dan jadikannya Durian Cheese Cake? Haa, kalau nak tahu kenalah tengok video ini sampai habis. Lepas tu, boleh la cuba buat sendiri.

Tapi gunalah durian kampung dulu Kalau dah jadi tu, boleh pakai Musang King.

Bahan – bahan:

Bahan A
250g krim keju
6 biji kuning telur
60g gula kaster
60g mentega, dicairkan
100ml susu segar
250g isi durian
70g tepung kek
20g tepung jagung
¼ sudu kecil garam

Bahan B
6 biji putih telur
1/8 sudu kecil krim tartar
60g gula kaster

Cara Membuat:

1. Letak mangkuk di atas bekas berisi air panas.
2. Letak krim keju di dalam mangkuk. Pukul rata.
3. Masukkan 3 biji kuning telur, pukul. Masukkan baki kuning telur dan pukul.
4. Masukkan gula kaster, kacau sebati.
5. Tuangkan mentega cair, pukul dan ketepikan.
6. Kisar susu dengan durian. Masukkan ke dalam adunan krim keju, pukul sebati.
7. Ayakkan tepung kek, tepung jagung dan garam. Kacau dan ketepikan.
8. Di dalam mangkuk bersih, pukul putih telur sebentar.
9. Masukkan krim tartar dan gula, pukul sehingga separuh kental (soft peak).
10. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan krim keju, 1/3 bahagian setiap kali.
11. Tuangkan ke dalam tin 9inci. Angkat dan hempaskan tin di atas meja sebanyak 8-10
kali.
12. Letak dulang pembakar di dalam ketuhar. Tuangkan air panas ke dalam dulang.
13. Letak pula tin kek di dalam ketuhar. Bakar pada 200 C selama 20 minit.
14. Turunkan suhu pada 160 C, bakar 20 minit.
15. Turunkan lagi suhu pada 140 C, bakar 10 minit lagi.
16. Biar kek di dalam ketuhar selama 10 minit sebelum dikeluarkan.

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0