in ,

Resepi Garlic Grill Salmon. Sedap Dimakan Bersama Creamy Butter Lemon Sauce

Kalau anda semua ingin tahu, ikan salmon mempunyai banyak manfaat yang dapat membantu untuk kesihatan seperti menjaga kesihatan jantung dan menurunkan berat badan. Hari ini, Admin nak share satu resipi ikan salmon yang sangat sedap dan boleh buat terliur.

Jom kita try.

Terima kasih Aniqa Humaira untuk perkongsian resipi Garlic Grill Salmon ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Salmon

Bahan B (Untuk Perapan Ikan):

Lada Hitam  (Ditumbuk)

Garam

1 sudu kecil Mixed Herbs atau Rosemary

1 sudu kecil Paprika atau Serbuk Cili

4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang)

1-2 sudu besar Olive Oil atau minyak masak biasa atau butter yang dicairkan

Bahan C:

Lemon (di slice)

Cara penyediaan:

  1. Mix kan semua bahan B dalam satu mangkuk kecil. Kemudian, baru tuangkan atas salmon dan ratakan. Masukkan dalam chiller dan perap selama 2 hingga 3 jam.
  2. Grill atas pan, untuk setiap side dalam 5 hingga 7 minit bergantung kepada ketebalan salmon.
  3. Air fryer selama 15 minit tetapi kalihkan apabila 10 minit sudah berlalu.   
  4. Pastikan letak lemon atas ikan yang di grill.

Bahan D (Untuk Sos):

2-3 sudu besar butter atau margarine

3 ulas bawang putih (Chopped atau ditumbuk halus)

1-2 susu besar tepung gandum

Susu full cream (satu kotak kecil dalam anggaran 200 ml)

Lemon juice (dari 1/2 – 1 biji lemon)

Salt

Pepper

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, cairkan butter dan tumis bawang putih.
  2. Kemudian, perlahankan api. Masukkan tepung gandum dan whisk kan. Jangan  berhenti sampai tepung sudah tidak berketul.
  3. Masukkan susu dan lemon. Whisk kan lagi tak berhenti.
  4. Masukkan garam dan perasakan. Tutup api. Berhenti whisk apabila sudah tutup api. Kemudian, alihkan periuk kepada burner yang tidak panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aniqa Humaira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.