Biasa kita dengar ayam percik kan? Dengar perkataan percik pun dah boleh termimpi keenakan juadah tersebut. Tapi kali ini, kita ada resepi yang jarang dibuat orang kata iaitu ikan percik. Admin sendiri pun tak sabar rasanya nak cuba resepi ni. Mesti sedap ni, boleh buat makan tengahari dan dinner orang kata hehe
Apa lagi, jom ikut Admin, kita try resepi ni.
Terima kasih Fazz Nik Far untuk perkongsian resipi Ikan Percik ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A (untuk dikisar):
3 labu bawang besar
2 lada kering
1 inci halia
3 ulas bawang putih
Bahan B:
Serai dititik
Air asam jawa
Belacan (boleh letak ataupun tidak)
Ikan kembung (yang sudah diperap dan dibakar)
Santan pekat
Garam
Gula
Cara penyediaan:
- Masukkan santan, serai, air asam jawa, belacan serta bahan yang telah dikisar sebentar tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga pekat.
- Seterusnya, letakkan garam dan gula secukupnya untuk memberikan rasa yang enak.
- Siap dan jangan lupa masukkan ikan yang telah dipanggang tadi ke dalam kuali.
- Siap untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fazz Nik Far(Facebook)Â
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos