in ,

Resepi Ikan Talapia Merah Stim Yang Sedap & Mudah. Banyak Tips Boleh Dapat Ni!

Kalau masakan Stim biasa gunakan Ikan Siakap je kan kita biasa dengar? Kali ini, Admin nak kongsi satu resepi daripada seorang pengguna Facebook dimana beliau menggunakan Ikan Talapia Merah untuk masak Stim. 

Jarang dibuat tapi rasanya memang sedap. Kalau tak jumpa Ikan Siakap dipasaran tu tak mengapa, boleh je cuba Ikan Talapia ini. Haa, jangan lupa untuk ikut tips yang dikongsikan juga tau!

Terima kasih Raha Md Sarip untuk perkongsian resipi Ikan Talapia Merah Stim ini 🙂

Bahan-bahan:

2 ekor ikan Talapia

2 biji bawang besar

2 batang serai

4 ulas bawang putih

1 inci halia

5 biji cili padi

Garam

Gula

Limau nipis (untuk jus dan hiasan)

Cara membuat:

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.
  2. Sos tiram dilumur pada ikan. Ikut suka banyak mana. 
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas yang ada ikan.
  4. Limau nipis (ambil jus sahaja). Isikan dalam bekas ikan yang hendak dikukus.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah yang sudah dipotong nipis dan serai yang dah diketuk-ketuk. 
  7. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Tidak perlu letak air. Cukup sekadar jus limau.

Nota:

  1. Sebaiknya limau nipis tu hanya diambil perahan jusnya sahaja. Bila diletak bersama kulit akan menyebabkan kuahnya pahit.
  2. Rendam ikan dengan sedikit garam dan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan talapia.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Raha Md Sarip (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.