fbpx

Resepi Kek Coklat Moist, Hanya Guna Pengukus Je Dah Siap!

iCookAsia

Mesti ramai kan suka makan kek? Apa lagi Kek Coklat. Memang sedap, lagi-lagi kalau dapat makan dengan ice blended sambil tengok drama korea. Memang layan. Jangan risau, Admin nak share dengan korang satu resipi yang sangat senang dan yang paling penting, memang sedap. Guna pengukus je dah settle.

Jom Admin tunjuk.

Terima kasih Nama Saya Siti Aisyah untuk perkongsian resipi Coklat Moist ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A :

(Blend semua bahan guna blender selama 5 minit)

3 biji telur

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1 cawan minyak masak

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 sudu kecil esen vanilla (Optional)

Bahan B :

(Ayak bahan di bawah)

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan bahan-bahan yang diayak ke dalam bahan A yang telah dikisar. Kacau rata. Kaup balik je
  2. Sapu minyak atau marjerin pada loyang bersaiz 8.
  3. Kemudian, kukus 50 minit atau sehingga masak dan guna api sederhana je tau. Kalau bakar, guna suhu 180°c selama 45 minit.

Untuk topping coklat:

Bahan-bahan:

Serbuk koko atau coklat masakan

Susu cair

Susu pekat

Shortening atau minyak sayuran

Cara penyediaan:

  1. Sukatan boleh agak-agak sahaja. 
  2. Seterusnya, masak dengan menggunakan cara double boiler. 
  3. Tunggu kek sudah sejuk baru tuang atas kek. 
  4. Selepas itu, dah boleh hias mengikut cita rasa sendiri. Taburlah segala jenis hiasan atas kek tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nama Saya Siti Aisyah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x