fbpx

Resepi Kuih Badak Berendam. Dadih Dan Inti Yang Banyak, Memang Betul Puas. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Kuih Badak Berendam ini antara kuih tradisional Malaysia yang berasal dari Negeri Sembilan. Tidak ramai yang betul-betul gemar akan kuih ini. Tetapi, boleh sahaja untuk dihidang sebagai pencuci mulut. 

Pelbagai langkah untuk membuat, daripada pembikinan Doh, ke Inti dan pada dadih nya. Tidak renyah sangat, tetapi ianya mudah apabila menggunakan sukatan cawan. Jom cuba!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Badak Berendam ini 🙂

Bahan-bahan untuk membuat Doh:

3 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum

2 cawan air jus pandan (air dan 4-5 helai daun pandan di kisar dan tapis)

Pewarna hijau

Caranya:

  1. Tuang air jus pandan sedikit demi sedikit. Gaul sebati dan uli-uli untuk jadikan doh tidak melekat di tangan. 
  2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh dan masukkan isi inti kelapa dan bulat-bulatkan semula.
  3. Rebus seperti hendak membuat kuih buah melaka/onde-onde.
  4. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi. 

Bahan Inti

1 biji kelapa parut putih

1/2 cawan gula merah

1 ketul gula melaka

1 1/2 cawan air

1-2 ulas durian (buang biji)

3 helai daun pandan

Secubit garam

1 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:

  1. Masak gula merah, gula melaka, air hingga larut. Kemudian, tapiskan.
  2. Air gula sebentar tadi, masak bersama kelapa parut putih, isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul rata dan agak-agak nak kering, boleh letakkan tepung gandum. Gaul sebati. 

Bahan untuk Dadih:

5 cawan santan sederhana pekat

8 sudu makan tepung beras

8 sudu tepung gandum

2 helai daun pandan (simpulkan)

Sedikit gula

Sedikit garam

Caranya:

  1. Sebatikan bahan di atas (dikisar pun boleh) masak sehingga naik wap. Dadih ini rasa masin sedikit, jadi sentiasa dikacau-kacau agar tidak berketul-ketul.
  2. Kacau sehingga sedikit likat. Terpulang jika nak lebih likat lagi. Kacau-kacau tetapi jangan sampai pekat. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x