fbpx

Resepi Kuih Lapis Yang Mudah Dan Tips Bagi Potongan Kuih Cantik

iCookAsia

Siapa suka makan kuih lapis? Min suka makan selapis selapis kuih ini, seronok je makan macam tu. Bolehla cuba resepi untuk minum petang nanti.

Terima kasih Suzana Nurkasih untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

½ cawan tepung ubi

½ cawan tepung gandum

1 ¼ cawan gula

4 ½ cawan santan segar

Sedikit sirap ros

Garam

Cara memasak:

  1. Letak semua bahan di dalam bekas yang besar dan kacau sebati. Kemudian tapis.
  2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian untuk buat warna merah dan putih (850ml satu bahagian).
  3. Panaskan pengukus, sapukan minyak pada loyang saiz 8×8. Kukus sekejap.

Kukus menggunakan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer untuk hasil yang memuaskan. 

  1. Tuang lapisan putih dahulu, kukus selama 4 minit. Diikuti lapisan merah, kukus selama 4 minit. Ulang sehingga habis dan kena selalu lap penutup.
  2. Kukus kesemuanya selama 15 minit.
  3. Buka penutup pengukus, buka api besar untuk keringkan air atas lapisan kuih tadi selama 8 minit.
  4. Tunggu betul-betul sejuk, kemudian boleh dipotong. Gunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak untuk hasil potongan yang lebih cantik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suzana Nurkasih (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x