fbpx

Resepi Lala Masak Serai Cili Api Thai. Fuh Memang Sedap Dan Padu!

iCookAsia

Lala Masak Serai Cili Api ni, kalau dapat makan dengan nasi panas memang mantap. Dengan rasa manis pedas masin tu, tak cukup makan satu pinggan je. Anda semua mesti tak sabar kan nak cuba resepi kali ni?

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi Lala Masak Serai Cili Api Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg lala (dibasuh bersih)

6 sudu besar cili giling

8 batang cili api merah dan hijau (ditumbuk kasar)

4 biji bawang merah (dicincang halus)

5 ulas bawang putih (dicincang halus)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos ikan

5 sudu besar sos cili thai

3 batang serai (dihiris halus)

2 batang daun ketumbar (hiasan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan bawang merah dan bawang putih. Pastikan minyak dah panas.
  2. Kemudian, apabila bawang sudah kekuningan, masukkan serai dan tumis lagi.
  3. Masukkan cili api dan kacau sebati. Kacau sehingga naik bau serai.
  4. Selepas itu, masukkan cili giling. Tumis sampai pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili, sos cili thai, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati sehingga kuah mendidih.
  6. Seterusnya, apabila kuah sudah mendidih, masukkan lala.
  7. Kacau lala sehingga sebati dengan kuah. Tidak perlu tambah air.
  8. Masak sehingga kuah jadi pekat. Jangan sampai kering.
  9. Akhir sekali, boleh angkat. Taburkan dengan daun ketumbar yang telah dihiris. Daun ketumbar ni baunya sedap dan boleh menambahkan selera untuk makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x