fbpx

Resepi Masak Tempoyak Pucuk Ubi, Guna Bahan Yang Simple Je!

iCookAsia

Kalau ada ulam-ulaman dihidangkan dengan nasi panas, memang sangat sedap. Apatah lagi kalau dibuat lauk. Jadi, hari ni Admin nak share satu resipi untuk buat Masak Tempoyak Pucuk Ubi yang sangat sesuai untuk tengahari. Makan dengan keluarga di beranda lagi best dengan suasana kampung.

Jom kita try.

Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Masak Tempoyak Pucuk Ubi ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk ditumbuk):

5-6 biji cili api

Sedikit kunyit hidup

2 sudu besar ikan bilis

3 sudu besar tempoyak

Serbuk kunyit

Bahan B (Dihiris halus):

1 ikat pucuk ubi (Kalau rebus dulu pun sedap)

1 helai daun kunyit

3 batang serai

Bahan C:

Petai (Ikut citarasa sendiri nak letak banyak mana)

1 kotak santan

5-6 ekor udang

1 sudu kecil garam

Sedikit ikan bilis

Cara penyediaan:

  1.   Pertama sekali, masukkan bahan tumbuk dan bahan hiris ke dalam kuali.
  2.   Masukkan semua bahan lain kecuali santan.
  3.   Kemudian, kacau rata sehingga layu sedikit.
  4. Tuangkan santan dan air secukupnya dan kacau sehingga masak.
  5.   Masukkan garam dan apabila hampir kering dan pucuk ubi pun sudah lembut, baru tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x