Hidangan Mee Hailam ni kebiasaannya dihidang untuk orang ramai atau Majlis Keramaian. Sudah pasti ada yang rindu untuk nikmati hidangan ini kan?
Inilah masanya untuk anda buat makan-makan bersama keluarga. Kalau sibuk pada siang hari, boleh masak untuk makan malam pula. Jom cuba!
Terima kasih Cik Puan Julieta untuk perkongsian resipi Cik Puan Julieta ini 🙂
Bahan-bahan:
5 ekor sotong
10 ekor udang sederhana besar
2 ketul isi ayam potong dadu
1 sudu kecil minyak bijan
½ ketul pati kiub ayam
½ sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 senduk sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
3 ulas bawang putih ketuk
2 biji bawang merah hiris
6 biji cili padi merah/hijau ketuk
2 sudu besar cili kisar
Sedikit gula jika perlu
1 biji tomato belah 4
Bunga kobis *
Putik jagung *
Lobak merah *
Sawi
Bahan hiasan:
Daun sup / bawang goreng
Mee kuning
Cara memasak:
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak masak dan minyak bijan.
- Tumis bawang putih sampai perang dan selepas itu, masukkan bawang merah, cili padi, cili kisar dan isi ayam. Kalau ada daging, masukkan sekali daging kacau sekejap.
- Kemudian masukkan air, sukatan air ikut kita nak kuah banyak mana. Agak-agak sahaja.
*Tetapi kalau guna air rebusan daging lagi sedap.
- Seterusnya, masukkan lada hitam, kemudian letakkan semua bahan, sos tiram, kicap, pati kiub ayam, udang, sotong dan semua sayur yang bertanda (*). Biarkan mendidih.
- Akhir sekali, masukkan tepung jagung, garam, sayur sawi dan mee biarkan menidih sekejap. Padam api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Julieta (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos