fbpx

Resepi Mee Kari Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Puas Hati

iCookAsia

Selalu makan nasi dan lauk kan? Cuba buat Mee Kari pula, memang terasa sedap dia. Ditambah pula dengan isi-isi yang diletakkan dalam resepi ini. Confirm puas hati. Sekali makan mesti nak lagi.

Terima kasih Buat Orang Lapo untuk perkongsian resipi Mee Kari ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

Mee/bihun secukupnya (celur)

1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)

1 biji bawang merah besar (tumbuk)

2 ulas bawang putih (tumbuk)

2 cm halia (anggaran)

1 batang kulit kayu manis

2 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

6 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air menjadi pes)

4 cawan santan

Air (jika perlu)

Garam secukupnya

Bahan perasa secukupnya

Sedikit tauhu kering/basah (potong kecil)

2 batang fish cake (hiris nipis)

Bahan hiasan:

Taugeh (celur)

Sawi (celur)

Telur rebus (potong 2 atau 4)

Cili besar merah (hiris)

Bawang goreng

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk. 
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
  3. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan pes serbuk kari. Tambahkan garam. Kacau sehingga garing.
  5. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam sedikit masak.
  6. Masukkan santan pekat dan santan cair. Tambah air jika perlu. Kacau kuah dan tunggu sehingga mendidih.
  7. Masukkan tauhu dan fish cake. Tambah bahan perasa jika suka. Kacau sebentar dan tutup api.

Cara hidangan:

Letakkan mee atau bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Masukkan kuah. Tambahkan sawi dan taugeh. Tabur cili dan bawang goreng jika suka.

Tips:

  1. Masukkan garam semasa menumis pes kari supaya warna kuah akan nampak cantik.
  2. Taugeh yang telah dicelur perlu direndam segera di dalam air sejuk untuk mengekalkan kerangupan taugeh.

Selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Buat Orang Lapo(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x