fbpx

Resepi Mee Udang Ala Sungai Dua, Memang Sedap Tak Terkata!

iCookAsia

Kalau dapat pekena Mee Udang pun sedap juga. Buat sendiri lagi best, dapat makan banyak dan lagi puas. Kali ini, kita cuba resepi Che Nom ala Sg Dua. Rasa dia memang sangat padu dan confirm makan sekali nak lagi.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Mee Udang ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan-bahan kuah:

4 ulas bawang putih

1 biji bawang merah besar

3 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar pes tomyam

3-4 sudu besar cili kisar

2 sudu besar serbuk kacang tanah 

1 biji kentang

1-2 biji keledek oren

6 ekor udang saiz S (untuk kisar)

Air secukupnya

Garam secukup rasa

1-2 sudu besar gula

1 ketul kiub pati ayam

500 g udang saiz XL

1 sudu besar udang kering

1-2 pek mee kuning

Bahan-bahan hidangan:

1 ikat sawi (Potong kasar)

1 mangkuk taugeh (Potong halus)

Daun bawang

Cili merah & hijau (Hiris halus)

4 biji telur rebus

4 ketul tauhu (Belah dua)

Bawang goreng

Limau nipis 

Cara membuat:

  1. Mula-mula, untuk penyediaan bahan kuah, keledek oren dan kentang, potong kecil dan rebus anggaran 15 minit. Selepas sudah sejuk, kupas kulit dan kisar halus dengan 2 cawan air.
  2. Cincang kasar bawang putih dan bawang merah besar (boleh ganti bawang merah kecil 3-4 biji). Seterusnya, kisar halus dengan sedikit air.
  3. Kemudian, rebus udang (saiz s) dengan 1 cawan air. Selepas sudah sejuk asingkan kulit dan isi. Kisar halus kulit udang dengan air rebusan udang dan kemudian tapis ambil air.
  4. Kisar halus isi udang dan udang kering (basuh dan rendam dulu) dengan sedikit air kemudian campur dengan air kulit udang tadi.
  5. Bersihkan udang (saiz xl) dan gunting janggut.
  6. Kacang tanah, goreng dan kisar kasar.
  7. Cara-cara untuk bahan hiasan adalah potong sawi, daun bawang, cili merah atau hijau dan limau nipis, celur tauge dalam air sekejap, air tidak perlu panas sangat.
  8. Tambah garam sedikit dalam air mendidih, celur sawi dalam 1 hingga 2 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk.
  9. Celur mee kuning sampai lembut, angkat dan toskan air.
  10. Seterusnya, tauhu dibelah 2, gaul sikit dengan garam, goreng sampai perang, angkat dan hiris nipis.
  11. Cara-cara untuk masak kuah adalah panaskan minyak dan tumis bawang kisar.
  12. Apabila bawang garing, masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kacang tanah dan kacau sampai garing.
  13. Masukkan air rebusan udang dan air udang kisar tadi dan reneh dalam 10 minit.
  14. Masukkan pes tomyam, puri kentang dan keledek. Tambah air secukupnya dan reneh lagi 15 minit.
  15. Masukkan gula, garam dan kiub ayam (pilihan) kemudian masak sampai mendidih.
  16. Masukkan udang dan rebus sampai masak, kemudian cepat-cepat angkat untuk mengelakkan udang terlebih masak dan keras.
  17. Hidangkan bersama bahan celur tadi, tauhu goreng, hirisan cili, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, limau nipis dan udang.

Tip:

  1. Untuk celur tauge, air tak perlu mendidih, kalau mendidih celur sekejap saja untuk maintain rangup
  2. Tambah garam dalam air celur untuk bagi daun sawi maintain hijau lepas rebus.
  3. Kalau terlebih lama celur mee kuning, mee akan kering jadi boleh drizzle sedikit minyak masak untuk elak melekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x