in ,

Resepi Mi Kuah Ini Daripada Ayah Sendiri. Sediakan Semua Bahan Dan Masak Bersama Keluarga. Baru Syok!

Mee Kuah atau Mi Kuah ini tidak jauh beza dengan Mee Rebus. Kuah yang banyak dan cukup rasanya sudah cukup membuat perut kenyang. Lagi puas, apabila makan masakan kegemaran keluarga. Seperti pengguna Facebook ini, resipi Mi Kuah daripada ayah ni tiada tandingan. Nampak pun dah tahu sedap kan? Terror lah!

Terima kasih Ct Dihah untuk perkongsian resipi Mi Kuah ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam atau daging (rebus dulu hingga empuk)

Bawang putih dan lada hitam (tumbuk)

Sotong, Udang,  Fishball dan telur

Sayur, Tomato dan cili

Sos cili, Kicap, Sos tiram dan Cuka

Garam, gula dan Mi secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih dan lada hitam. Kemudian, masukkan sos cili, kicap, sos tiram dan cuka secukupnya.
  2. Masukkan ayam/daging bersama air rebusan. Nak kuah lebih, tambahkan lagi air. Kemudian, masukkan sotong, udang dan fishball. Apabila sudah mendidih, pecah kan telur.
  3. Seterusnya masukkan sayur, buah tomato, hirisan cili dan perisa kan. Akhir sekali, masukkan mi.

*Kalau anda nak masak mi asing dengan kuah pun boleh. Mi hanya perlu celur seketika.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ct Dihah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0