fbpx

Resepi Mudah Ayam Goreng Kunyit, Bertambah Sedap Dimakan Dengan Sambal Belacan!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Ayam Goreng Kunyit kan? Dengan rasa yang crunchy tapi lembut di dalam, bertambah selera nak makan. Bukan itu sahaja, lagi perfect kalau ada sambal belacan, kicap, telur dadar dan makan dengan nasi panas. Sangat nikmat.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nina Mahdar perkongsian resipi Ayam Goreng Kunyit ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)

1 sudu besar tepung bestari

(boleh tambah sesudu lagi jika mahu garing)

1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu kecil garam

1 biji bawang merah (Dihiris tebal)

1 inci haliaย  (Dihiris halus)

Lada merah (Dihiris halus)

Lobak merah

Bunga kobis

Kacang panjang

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan kari ke dalam ayam yang telah di potong kecil tadi. Kacau rata.
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam. Jika ayam masih melekat. Biarkan seketika.
  3. Kemudian, tunggu ayam sedikit garing baru di terbalikkan. Kemudian lerai-lerai kan isi ayam yang melekat tadi.
  4. Goreng sehingga ayam garing.
  5. Kemudian masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
  6. Seterusnya, masukkan pula ke semua bahan yang tinggal. Goreng sehingga semuanya masak.
  7. Akhir sekali, angkat dan toskan minyaknya. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Nina Mahdar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x