Siapa peminat cheese mesti cuba resepi ini tau. Mesti kadang-kadang anda terasa nak makan Corndog kan? Lepas ini, boleh la try buat resepi ini. Lagi puas hati bila buat sendiri. Boleh makan banyak-banyak dan letak cheese pun sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk MaYa Razali perkongsian resipi Corndog ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Sosej cheese (Boleh guna jenama Marina)
Mozarella cheese blok
Lidi satay
Tepung gandum (untuk tabur pada sosej cheese)
Cara membuat:
- Mula-mula, potong sosej separuh dan cucuk pada lidi satay.
- Kemudian, cucukkan mozarella tadi yang sudah dipotong memanjang.
- Taburkan sedikit tepung gandum atas cheese dan sosej tadi serta sejukkan sekejap dalam peti ais.
Bahan B (Bancuhan Tepung):
Bahan 1:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
Air secukupnya
1 sudu kecil garam
Bahan 2:
Serbuk roti secukupnya
Cara membuat:
- Pertama sekali, campurkan kesemua bahan 1 tadi dan gaul hingga sebati. Pastikan adunan pekat sikit supaya senang nak celup sosej yang sudah dicucuk lidi tadi.
- Kemudian, celup sosej cheese dalam bancuhan tepung.
- Seterusnya, oleskan dalam serbuk roti. Pastikan semua bahagian bersalut.
- Akhir sekali, gorengkan dalam minyak yang betul-betul panas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: MaYa Razali(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity