fbpx

Resepi Mudah Corndog, Sedap Dan Memang Puas Hati Bila Makan. Letak Cheese Lagi Mantap!

iCookAsia

Siapa peminat cheese mesti cuba resepi ini tau. Mesti kadang-kadang anda terasa nak makan Corndog kan? Lepas ini, boleh la try buat resepi ini. Lagi puas hati bila buat sendiri. Boleh makan banyak-banyak dan letak cheese pun sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk MaYa Razali perkongsian resipi Corndog ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Sosej cheese (Boleh guna jenama Marina)

Mozarella cheese blok

Lidi satay

Tepung gandum (untuk tabur pada sosej cheese)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, potong sosej separuh dan cucuk pada lidi satay.
  2. Kemudian, cucukkan mozarella tadi yang sudah dipotong memanjang.
  3. Taburkan sedikit tepung gandum atas cheese dan sosej tadi serta sejukkan sekejap dalam peti ais.

Bahan B (Bancuhan Tepung):

Bahan 1:

1 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 sudu kecil serbuk penaik

Air secukupnya

1 sudu kecil garam

Bahan 2:

Serbuk roti secukupnya

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, campurkan kesemua bahan 1 tadi dan gaul hingga sebati. Pastikan adunan pekat sikit supaya senang nak celup sosej yang sudah dicucuk lidi tadi.
  2. Kemudian, celup sosej cheese dalam bancuhan tepung.
  3. Seterusnya, oleskan dalam serbuk roti. Pastikan semua bahagian bersalut.
  4. Akhir sekali, gorengkan dalam minyak yang betul-betul panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: MaYa Razali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x