fbpx

Resepi Mudah, Tart Telur Portugis. Sedap Dimakan Panas-Panas Ataupun Sejukkan Dahulu.

iCookAsia

Admin pasti, anda semua pernah makan Tart Telur ini. Dan sudah pasti, anda tahu kedai bakery yang menjadi kegemaran anda untuk dapatkan Tart Telur ini. Tetapi, apabila musim PKP ni, sudah pasti tidak dapat ke kedai kan? 

Jangan risau, disini Admin kongsikan resepi Tart Telur Portugis yang menggunakan puff pastry sahaja. Intinya boleh buat sendiri dan puff pastry tu boleh cari yang ready made di pasaraya. Mudahkan?

Terima kasih Izz Aishah untuk perkongsian resipi Tart Telur Portugis ini 🙂

Bahan untuk filing:

1 biji telur

2 biji kuning telur

Susu full cream 75ml

Gula kastor 45 gram

Esen vanilla sedikit

Whipping cream 150 ml

Cara membuat:

  1. Campur semua dalam dalam 1 bekas dan selepas itu, kacau-kacau dengan senduk sampai sebati. 
  2. Tekapkan puff pastry dengan cawan dan masukkan dalam acuan dia. Kemudian, tekan-tekan sikit.
  3. Seterusnya, masukkan filling tadi dan agak-agak sahaja, jangan sampai penuh. 
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170c selama 25 minit (ikut oven masing-masing). Kalau menggunakan Air Fryer, letakkan pada suhu 180c selama 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Izz Aishah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x