Kalau dapat makan Nasi Ayam, mesti best kan. Dengan ayam ditambah dengan kicap tu, bertambah makan. Bukan itu sahaja, kalau kene dengan selera masing-masing, mahu setiap hari makan. Tapi kalau anda buat sendiri, lagi jimat. Boleh makan banyak.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Husni perkongsian resipi Nasi Ayam ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Sup):
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Daun sup
Bawang goreng
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih, halia (semua blend) tumis sampai wangi dan masukkan air. Air banyak tidak apa sebab nak pakai untuk masak nasi nanti.
- Apabila sudah mendidih, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam, garam dan perasa.
- Jika nampak ayam sudah putih boleh angkat. Jangan rebus lama sangat sebab nanti akan goreng pula ayam tersebut.
- Kemudian, asingkan sedikit air rebusan ayam tadi untuk masak nasi nanti, yang baki dalam periuk tu baru simpan untuk sup.
- Untuk sup, boleh tabur daun sup dan bawang goreng last sekali sebelum hidang.
Bahan B (Untuk Nasi):
3 cawan beras yang siap dicuci
3 1/2 cawan air rebusan ayam tadi
Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
2 hiris halia
3 sekawan
2 sudu butter
Sehelai daun pandan (disimpul)
Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning
Cara membuat:
- Pertama sekali, cairkan butter, tumis bawang , halia, dan 3 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan daun pandan, beras, dan sedikit serbuk kunyit, sedikit garam, kacau sebati dan masak di atas periuk nasi seperti biasa.
Bahan C (Perapan Ayam):
Ayam yang direbus tadi
Sos tiram
Sos cili
Kicap pekat
Madu
Sedikit bawang merah
Bawang putih
Halia (Dikisar)
Cara membuat:
- Gaul semua sebati dan perap dengan ayam tadi.
- Selepas itu, boleh goreng seperti biasa.
Bahan D (Untuk Kicap):
Air perapan ayam tadi
Kicap cair
Sos tiram
Madu
Sedikit sup ayam tadi
Cara membuat:
- Masak atas api sekejap sahaja sehingga mendidih dan kuah pekat sikit. Tutup api.
Bahan E (Untuk Sos):
Cili besar
Cili padi
Tomato
Bawang putih
(Bahan di atas, kisarkan sekali)
Sos cili
Air sup sikit
Cara membuat:
- Masakkan bahan yang di blend tadi.
- Masukkan sedikit air sup, tambah gula, sos cili, garam.
- Adjust mengikut cita rasa.
- Apabila sudah mendidih dan pekat, tutup api.
Boleh hiaskan dengan salad, timun dan tomato.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Husni(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity