fbpx

Resepi Perapan Daging Bakar Dan Sotong Bakar Dengan Sos Thai Ala Danok Style

iCookAsia

Daging bakar atau sotong bakar akan menjadi sedap apabila cara perapan yang dibuat menjadi. Apa kata anda semua cuba cara perapan yang ditunjukkan oleh pengguna Facebook ini. Memang sangat mudah bahan yang digunakan dan gerenti sedap.

Bukan itu sahaja, digandingkan bersama Sos Thai Ala Danok style pula tu. Jom kita try.

Terima kasih NurFazira Hanim Razmi untuk perkongsian resipi Perapan Daging Dan Sotong Bakar ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Perapan Daging):

Daging

Garam

Gula

Sos lada hitam

Sos tiram

Kicap manis

Sedikit minyak

1-2 sudu serbuk cukup rasa

Bawang putih, halia dan lada hitam (Dikisar halus)

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan perap mengikut suka untuk berapa lama. Kalau perap semalaman, lagi bagus.

Bahan B (Untuk Perapan Sotong):

Sotong

Kunyit serbuk

Sedikit garam

Serbuk secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Boleh sumbatkan kepala sotong ke dalam badan kemas-kemas.
  2. Kemudian, cucuk dengan lidi.

Bahan C (Untuk Sos Thai Ala Danok):

Cili padi

Bawang putih

Sos ikan(Jangan terlalu banyak, nanti masin)

Perahan jus limau nipis

Gula

Gula melaka atau nisan (Diracik halus dan kacau dengan air panas untuk larutkan)

Chili flakes

Sos cili

Sos tiram

Bawang merah

Daun ketumbar atau daun sup

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, racik halus nisan atau gula melaka. Larutkan dalam air panas dan ketepikan.
  2. Boleh menggunakan food chopper atau cincang halus cili padi dan bawah putih.
  3. Masukkan sos ikan ke dalam bancuhan gula melaka, perahan air limau nipis, sedikit gula, sos cili dan sos tiram untuk memekatkan sos.
  4. Masukkan daun ketumbar atau daun sup, chili flakes dan bawang merah yang telah di mayang halus.

Kaedah bakar:

Untuk bakar daging:

  1. Untuk daging, boleh sahaja masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam dengan suhu 180°.
  2. Anda semua boleh cuba try and error untuk mendapatkan tekstur daging yang juicy dan tidak kering, bergantung kepada oven masing-masing.

Untuk Bakar Sotong:

  1. Untuk sotong, anda boleh sahaja bakar dalam pemanggang ajaib. Susun elok-elok dan pastikan untuk tidak tutup pemanggang tersebut kerana nanti air sotong akan melimpah banyak.
  2. Apabila sudah keluar air sotong, angkat sekejap sotong dan biarkan air sotong dalam pemanggang kering.
  3. Kemudian, masukkan sotong lagi sekali dan tunggu sehingga masak.
  4. Sotong tidak perlu dibakar lama nanti akan liat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: NurFazira Hanim Razmi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x