Mesti ramai yang teringin nak makan Puding Karamel kan? Resepi ini antara resepi yang paling senang nak buat tau. Hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah sahaja. Dengan rasa lemak dan manis karamel menjadikan ia lagi best.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Fatien Zaini perkongsian resipi Puding Karamel ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Karamel):
1 cawan gula
1/2 cawan air
Bahan B (Untuk Puding):
Agar-agar serbuk 10 g (plain)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan susu pekat (mengikut kemanisan tekak masing-masing)
3 1/2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan sahaja.
- Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
- Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas.
- Kemudian, masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
- Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla dan kacau sehingga sebati terlebih dahulu serta masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih.
- Akhir sekali, tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fatien Zaini(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity