in ,

Resepi Puding Roti Bersos Kastard Yang Lemak Berkrim. Makan 1 Suap Mana Cukup, Mestilah Nak Satu Pinggan.

Hidangan Puding Roti bersama Sos Kastard ini memang sangat mudah dan ramai yang dah cuba. Tetapi, mungkin ada yang belum pernah cuba buat sebab tak tahu nak ikut resipi mana satu dan mana yang terbaik, kan?

Jangan risau. Anda pada resipi yang paling tempat untuk belajar buat hidangan yang sesuai untuk makan petang ini. Jom!

Terima kasih Nurul Shafira untuk perkongsian resipi Puding Roti Sos Kastard ini 🙂

Bahan puding roti:

10 keping roti gardenia (potong empat segi)

1 tin susu cair

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

5 sudu besar gula

Buah campur kering (rendam air panas sekejap (optional)

Caranya:

  1. Blend semua bahan kecuali roti.
  2. Sapu butter pada setiap keping roti dan loyang.
  3. Susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan-tekan roti bagi semua meresap.
  4. Taburkan buah-buah kering tadi.
  5. Kukus selama 30 minit.

Bahan untuk Sos Kastard:

1 tin susu cair

1/2 cawan air

2 sudu besar tepung kastard

4 ½ sudu besar gula

Caranya:

  1. Campur tepung kastard dlm air, kacau rata. 
  2. Kemudian campur semua bahan dan masak atas api yang perlahan. Kacau-kacau sampai agak sedikit pekat. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Shafira (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0