in ,

Resepi Rahsia Ayam Tandoori. Guna Yogurt Asli Dalam Penyediaan Hidangan Ini, Confirm Rasanya SEDAP!

Menu Ayam Tandoori ini paling popular di kedai Mamak. Digandingkan bersama Nasi putih atau Nasi Kandar, memang betul-betul pandan dan sedap. Kalau dapat panas-panas lagi lah bertambah selera. 

Tetapi itu baru di kedai mamak. Kalau hasil air tangan sendiri? Mesti lagi sedap kan? Jom cuba!

Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Ayam Tandoori ini 🙂

Bahan A: 

2 ketul ayam bahagian peha penuh (dikelar sedikit)

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar halia (sudah ditumbuk) 

Garam secukup rasa 

1/2 biji perahan air lemon 

 

Bahan B: 

1/2 cawan yogurt asli

5 ulas bawang putih (ditumbuk)

3 cm halia (ditumbuk) 

1 sudu serbuk cili (boleh dikurangkan) 

1/2 sudu serbuk kunyit

1 sudu besar jintan putih

1/2 sudu besar ketumbar 

3/4 sudu besar garam masala

3/4 sudu besar lada hitam

1 sudu kecil pewarna merah

1 sudu besar minyak masak 

Cara membuat:

  1. Satukan Bahan A dan gaul sebati.
  2. Perapkan selama 15 minit.
  3. Kemudian masukkan pula ke semua Bahan B.
  4. Gaul lagi hingga ke semua adunan mesra.
  5. Perapkan di dalam bekas bertutup selama beberapa jam atau pun semalaman.
  6. Keluarkan ayam dan letakkan di atas dulang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 180c selama 40 minit atau sehingga masak.

*Jika tiada oven, boleh juga dibakar menggunakan kuali tahan lekat mahupun pemanggang ajaib. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0