fbpx

Resepi Rendang Daging Untuk Pagi Hari Raya. Sesuai Di Makan Bersama Pulut Kuning, Lemang Dan Ketupat.

iCookAsia

Hari Raya hanya beberapa hari sahaja lagi. Mood raya anda tak tu? Walaupun Raya hanya di rumah, tidak salah untuk kita menghidup suasana Raya dengan memasak juadah Raya seperti rendang pada pagi hari raya. Daripada anda bersedih, marilah menikmati walaupun hanya dengan kawan-kawan. 

Jika anda baru sahaja nak belajar membuat Rendang, jom Admin kongsikan resepi Rendang Daging yang sangat mudah. Cara sukatan pun mudah sahaja. Beli atau pesan sahaja Lemang atau Nasi Impit di luar, dan makan bersama Rendang anda. Jom buat!

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Rendang Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 kg daging lembu 

1/2 kg santan pekat

4 labu bawang besar (kisar)

6 ulas bawang putih (kisar)

1 inci halia (kisar)

1 inci lengkuas (kisar)

4 batang serai (2 batang kisar, 2 batang ketuk)

4 sudu besar lada kisar 

1 paket kecil kerisik 

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 helai daun kunyit 

4 helai daun limau purut

1 sudu hirisan gula melaka

2 sudu kecil air asam jawa

Garam 

Secukup rasa 

Cara memasak:

  1. Tuang minyak ke dalam kuali, tumiskan bahan kisar, serai ketuk. Masukkan lada kisar dan gula melaka. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Daging dibasuh dan dibersihkan, kemudian potong mengikut saiz yang sesuai. Masukkan ke dalam kuali & gaul sebati dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan 2 sudu kecil air asam jawa, santan, kerisik dan sedikit garam.
  4. Masak dengan menggunakan api sederhana dan kuali ditutup. Biar daging rendang mereneh sehingga cukup lembut atau empuk. (Perlu tambah air dan tutup kuali ulang sehingga daging lembut). Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yang dihiris dan daun limau purut.
  6. Perasakan dengan secukup rasa. Tutup api. Sedia untuk dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x