fbpx

Resepi Roti Boy, Memang Menjadi!

iCookAsia

Kebiasaannya kalau kita pergi supermarket kan, mesti akan nampak jual roti boy ni. Dahla sedap, gebu dan bila makan tu, rasa nak lagi. Tapi kalau asyik beli je, habis jugak duit tu kan. Apa kata kali ni, kita try buat roti boy kat rumah je. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja, dah boleh makan dengan family. Ini dia resepi roti boy cute ni!

Terima kasih Mohd Shafiq untuk perkongsian resipi roti boy ini 🙂

Bahan-bahan:

1/4 cawan air sejuk

2 sudu yis

1 sudu gula

1 sudu susu pekat

2 cawan tepung

1 biji telur kuning

1 sudu butter

Bahan-bahan (untuk topping nescafe):

1 sudu mentega

4 sudu gula perang (bergantung nak guna banyak mana)

1 biji telur

Air bancuhan nescafe

2 sudu tepung gandum

1 sudu tepung jagung

 Cara penyediaan:

  1. Masukkan air sejuk, 1 biji telur kuning, gula, secubit garam, 1 sudu susu pekat, 1 setengah cawan tepung roti atau gandum, mentega, yis dan uli kan selama 30 minit.
  2. Selepas sudah siap, bentukkan adunan tadi secara leper. Potong mentega dan salutkan bersama gula serta letakkan ia di tengah-tengah adunan yang sudah dibentukkan tadi.
  3. Untuk proses membuat topping, letakkan satu sudu mentega, 4 sudu gula peranng, 1 biji telur, masukkan bancuhan nescafe, 2 sudu tepung gandum, dan 1 sudu tepung jagung. Kacau sehingga rata.
  4.  Seterusnya, piping bancuhan tadi atas roti yang sudah kembang.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar sealam 20 minit dan bakar di suhu 160 degree.

Memang wangi je bau roti boy ni. Jangan risau, korang boleh tengok video di bawah tau sebagai rujukan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mohd Shafiq(Facebook), Hajra’s Kitchen(Website)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x