in ,

Resepi Roti John Guna Terung, Bagus Untuk Diet

Untuk anda yang sedang berdiet, atau mengamalkan karbo rendah dalam menu anda boleh cuba resipi ini. Bukan sahaja berkhasiat, malah rasanya juga sedap. 

Terima kasih Noorul Izzah Marzuki untuk perkongsian resipi Terung John ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji terung panjang (potong memanjang)

1 homemade beef patty/daging burger

3 biji telur

Garam pink himalaya

Serbuk black pepper

Sedikit daun ketumbar

Sayuran/kubis

Cara memasak:

  1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
  2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
  4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
  5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noorul Izzah Marzuki(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.