in ,

Resepi Roti Koktel Ayam Cheese. Anak-Anak Pasti Suka Dan Berebut Makan.

Untuk para ibu, sudah semestinya bila anak semakin meningkat umur, anda risau untuk memikirkan hidangan apa yang boleh memberi mereka selera makan. Betul tak? 

Ada sesetengah anak yang tidak mahu langsung untuk makan nasi. Daripada hidangan sarapan, tidak tahu apa yang mereka nak. Jom Admin kongsikan satu resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, dimana anak-anak beliau tidak suka pun dengan hidangan cheese. Tetapi, apabila beliau menyediakan hidangan ini, terus cepat je habis dan licin pinggan. Jom cuba!

Terima kasih Inul Daroji untuk perkongsian resipi Roti Koktel Ayam Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

Roti

Chic-ken koktail

Cheesedale

Serbuk roti

2 biji telur

Cara membuat:
1. Buang tepi roti dan selepas itu, kemek kan jadi sampai nipis.


2. Letak chic-ken koktail salut sekali dengan cheese tadi.


3. Pecah kan telur 2 biji, kacau, celupkan dan salut dengan serbuk roti.


4. Kemudian goreng.

Nota: Chic-ken koktail tu rebus separa masak. Juga, semasa goreng pastikan api perlahan. Takut nanti cepat hangus. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Inul Daroji (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.